Wednesday, June 24, 2009

Pada awalnya, SM Sains Machang telah menerima Persatuan Silat Teralak Asli bagi di jadikan sebuah pertubuhan seni bela diri . Namun demikian, pertubuhan itu tidak mendapat sambutan hangat dari para pelajar. Tambahan pula jurulatihnya mempunyai masalah rumahtangga dan kurang fokus dalam mengembangkan pertubuhan Silat Teralak Asli. Oleh sebab itu, persatuan tersebut semakin tidak terurus dan AJK tertinggi juga terpaksa menumpukan perhatian untuk menduduki peperiksaan SPM. Malangnya, jurulatihnya pula telah bertukar sekolahdan kembali ke tempat asal bersama dengan isterinya. Akibat ketiadaan pelapis muda, maka persatuan ini telah dibubarkan.Menurut cikgu Azalan, seorang pelajar tingkatan lima pada tahun 1990, yang juga merupakan seorang ahli silat Terlak telah menimbulkan pergaduhan dengan pelajar sekolah luar. Kes tersebut telah sampai ke tangan pihak polis. Sehubungan itu, Silat Terlak SM Sains Machang telah dibubar atas arahan pengetua.Pada tahun 2008, persatuan Silat Seni Gayong Malaysia(PSSGM) telah ditubuhkan oleh guru silat, Wan Azuraidi Wan Setapa dan dibantu oleh guru penasihat iaitu En. Azalan Yaakob. Pada awalnya hanya belasan orang sahaja yang menyertai persatuan tersebut. Namun, setelah pasukan persembahan silat PSSGM SMACH mengadakan Demo Silat pada Hari Konvokesyen ’08, semakin ramai pelajar yang mendaftar untuk menyertai persatuan tersebut. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun maka sudah ramai pesilat sm Sains Machang yang dapat lulus melalui ujian penaikan Bengkong sehingga tahap tali pinggang hijau. Pesilat SMACH juga telah menyertai pertandingan silat peringkat daerah di SMK Bijih Wangsa di Tumpat pada tahun 2009. Bukan itu sahaja, tiga orang pesilat SMACH juga telah berjaya memasuki pertandingan Silat peringkat negeri yang diadakan di Tumpat dengan bantuan Jurulatih yang berpengalaman,Che Hanif Bin Che Deraman atau lebih terkenal dengan panggilan Abg Hanif. Namun begitu, pencapaian kami terhenti di situ sahaja. Wakil SMACH gagal mencapai kemenangan di sana. Walau bagaimanapun, kami mengharapkan yang lebih baik pada tahun 2010. Pihak kami berusaha untuk mencari pelapis muda untuk mewakili SMACH mengharumkan nama SM Sains Machang dalam arena persilatan.PSSGM SMACH mengharapkan doa dan sokongan daripada anda untuk mendoakan kejayaan kami di samping mengetengahkan lagi persatuan silat SMACH ini ke peringkat yang lebih tinggi. Penyertaan anda dalam persatuan Silat Seni Gayong SMACH amatlah kami alu-alukan.

1 comment:

  1. ADMIN TELAH TIDAK MENGEMASKINI BLOG INI!! DIHARAP PEMBACA TIDAK MENGAMBIL SEJARAH SILAT DI SMACH YG DITULIS DI ATAS SEBAGAI SATU BERITA BENAR ATAU FAKTA KERANA WUJUD KETIDAKSAHIHAN FAKTA BERKENAAN PERTUBUHAN SILAT SENI TERALAK ASLI ! AHLI PERTUBUHAN TERSEBUT TIDAK PERNAH MENIMBULKAN PERGADUHAN YG MENCEMARKAN NAMA SEKOLAH KERANA PERTUBUHAN TERSBUT MSIH BLUM BERTAPAK DI SMACH PD WAKTU YG DIKATAKAN.
    PERTBUHAN SILAT SENI TERALAK ASLI MASIH LG MNGEKALKAN NILAI MORAL DAN AHLAK ISLAM DAN ADAB KEMELAYUAN. HARAP MAKLUM

    ReplyDelete